Pages

Sabtu, 28 Julai 2012

Canon EOS M vs Pasaran CSCs

Akhirnya Canon turut serta bersaing dalam kategori camera DSLR dalam famili kompak yang dimulakan oleh Panasonic. Pelancaran Canon EOS M diiringi bersama Lensa baru siri EF-M.
Buat masa ini variasi 2 lensa EF-M yang terdapat dalam pasaran ialah EF-M 18-55mm f/3.5-5.6 IS STM zoom, dan EF-M 22mm f/2 STMAdakah penyertaan lewat oleh Canon merupakan satu perubahan pada trending CSCs yang sedia ada di pasaran?


Adakah penyertaan lewat oleh Canon merupakan satu cabaran pada trending CSCs yang sedia ada di pasaran?
Sudah tentu key spec yang di bawah menjadikan EOS M lebih popular dalam kategori CSCs:

  • Sensor saiz besar 18MP hybrid CMOS
  • Auto-focus berterusan dalam rakaman video
  • Skrin LCD Clearview II multitouch - laras fokus anda dengan hanya sentuhan
  • 1040k dot LCD skrin
  • 14bit DIGIC5 processor

Siaz sensor 18MP bagi EOS M merupakan satu cabaran kepada pasaran CSCs kerana ianya jauh lebih besar berbanding 10.1MP pada NIKON1.
Saiz sensor yang besar memberi lebih impak pada processor untuk memproses imej dan video dalam kelajuan dan keadaan yang stabil. Processor DIGIC5 sememangnya padan kerana Low Noise dan lebih sensitif dalam Contrast & Phase Detection.


Kelebihan dan keselesaan yang nyata pada pengguna EOS M merupakan LCD skrin yang terperinci dengan 1040k dot. Dengan skrin sentuh membolehan interaksi yang lebih baik di antara pengguna dan kamera. Lebih mudah lagi apabila fokus boleh dilaras dengan sentuhan pada skrin mencepatkan  aktiviti shooting.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2012 Teknik dan Tips DSLR.
Blogger Template by Clairvo