Pages

Khamis, 19 Julai 2012

Tips Wedding Photoshoot - Lensa Pilihan

Ramai yang memiliki DSLR sentiasa menunggu majlis-majlis penting untuk dihadiri dengan harapan dapat menambahkan skill untuk event photoshoot.
Tapi tak ramai pemilik DSLR yang tahu bagaimana nak hasilkan shot yang bersesuaian dengan mood majlis keramaian. Yang paling penting untuk wedding photshoot adalah kelengkapan yang sesuai dan persediaan.
Tips untuk shot majlis kahwin, pertunangan dan seangkatan dengannya ini dikongsikan bersama oleh John Grayston dalam interview ehhhskusif.. ^_^

Apakah lensa yang sesuai untuk majlis keramaian?
Lensa Nikon 50mm f/1.4 biasa digunakan untuk kebanyakan wedding photoshoot John Grayston.
Mengapa Lensa 50mm?
Jenis perspektif pada lensa 50mm memberikan kesempurnaan untuk photoshoot jenis potret.
Sesuatu yang menarik dan membuat ramai terharu pada majlis yang bermakna seperti majlis perkahwinan adalah reaksi dan face expression setiap orang. Ada yang terharu, menangis gembira, hilai dan tawa boleh di abadikan dalam sekeping gambar. Sudah tentu ekspresi muka setiap orang menghidupkan lagi suasana majlis dan gambar yang ditangkap.
Kejelasan dan keikhlasan ekspresi muka adalah terbaik dirakamkan dalam bentuk potret.
50mm dan potret adalah gabungan yang baik.
Contoh shot menggunakan lensa 50mm.

Camera:Canon EOS 5D Mark II
Lens:EF50mm f/1.4 USM
Exposure:Auto exposure, Aperture-priority AE, 1/500 sec, f/2.5, ISO 50
Flash:Off, Did not fire


Teknik Shot pada majlis kahwin?Menggunakan 50mm Shot pada jarak agak luas terbuka dapat menghilangkan semua gangguan yg terdapat pada background, dan kanta f/1.4 adalah terbaik dalam situasi ini.
Apabila background subjek tidak dalam fokus, subjek kelihatan tajam dan nampak jelas.
Dengan menggunakan bukaan aperture yang luas f1.4 -4, subjek lebih timbul dan latar belakang tidak lagi menjadi priority utama.
Sesetengah orang ingin mencari sudut yang terbaik dalam shot mereka, tapi ingat.. majlis yang mempunyai detik-detik bermakna tidak akan menunggu anda.Terlepas shot yang bersejarah, menjadikan gambar-gambar kurang nilai sentimentalnya.

 Awas dan berhati-hati!
Kelemahan shot menggunakan f/1.4 adalah ketidaktepatan pada fokus kelihatan sangat ketara.
Bagi mengelakkan fokus yg kurang tepat, adalah lebih selamat menggunakan setting f/2.8-4 ketika dalam percubaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2012 Teknik dan Tips DSLR.
Blogger Template by Clairvo